Wednesday, August 25, 2010

                      


          Empayar Rom merupakan fasa tamadun Rom kuno yang disifatkan oleh sebuah kerajaan yang autokratik. Republik Rom yang awal telah dibinasakan dan dilemahkan oleh pertikaian antara Gaius Marius dan Sulla, diikuti oleh perang saudara Gaius Julius Caesar terhadap Pompey. Semasa semua perebutan kuasa ini, beratus-ratus senator telah bertempur, dihukum mati, dibunuh atau membunuh diri. Senat Rom dipenuhi semula dengan kawan-kawan yang setia kepada Pemerintahan Bertiga Pertama dan kemudian, oleh penyokong-penyokong Pemerintahan Bertiga Kedua. Pada akhirnya, Octavian (kemudian dikenali sebagai "Augustus") menewaskan pesaingnya, Mark Antony, dan menamatkan subversi yang beransur-ansur ini melalui penyusunan semula Republik Rom menjadi "Empayar Rom".
     
         "Empayar Rom" boleh juga digunakan sebagai terjemahan untuk ungkapan, Imperium Romanum, yang mungkin merupakan ungkapan bahasa Latin yang terkenal yang mana perkataan imperium telah digunakan untuk bermaksud "wilayah"; "Empayar Rom" merujuk kepada bahagian dunia di bawah pemerintahan Rom. Pengembangan wilayah Rom ini yang menyeberangi sempadan negara kota Rom yang asal telah bermula sejak lama lagi sebelum negara itu menjadi sebuah empayar. Pada kemuncaknya selepas penaklukan Dacia oleh Trajan, Empayar Rom menguasai permukaan tanah sebanyak lebih kurang 5,900,000 kilometer persegi (2,300,000 batu persegi) dan oleh itu, menjadi empayar terbesar semasa Zaman Purba Klasik.

         Tarikh yang tepat ketika Republik Rom menjadi Empayar Rom telah dipertikaikan, dengan tarikh-tarikh pelantikan Julius Caesar sebagai sebagai diktator seumur hidup (44 SM), perang Actium (2 September 31 SM), dan tarikh ketika Senat Rom menganugerahkan Octavian dengan gelaran Augustus (6 Januari 27 SM) kesemua ini dikemukakan sebagai calon. Untuk mengelirukan perkara ini lagi, Octavian mengisytiharkan diri sebagai penyelamat Republik Rom dan menyembunyikan kuasanya dengan teliti di bawah bentuk-bentuk republik. Pada kelihatannya, Republik Rom masih hidup: konsul-konsul masih dipilih, tribunal marhaen masih mencipta undang-undang, dan senator-senator masih memperdebatkan di dalam Kuria Rom. Bagaimanapun, Octavian adalah orang yang menguasai kesemua ini serta membuat semua keputusan terakhir, dan jika perlu, legion-legion Romawi akan digunakan untuk menyokong beliau.

            Secara tradisi, keakhiran Empayar Rom ditetapkan pada 4 September 476 ketika Empayar Rom Barat jatuh kepada penyerang-penyerang Germanik. Bagaimanapun, pandangan ini mengabaikan dan gagal untuk mengakui Empayar Rom Timur (dikenali secara meluas sebagai Empayar Byzantine) yang melindungi undang-undang dan budaya Rom. Didasarkan pada tradisi-tradisi undang-undang dan kebudayaan Rom, Empayar Rom amat dipengaruhi oleh budaya dan bahasa Yunani, dan telah mengembangkan sifat tersendiri yang dapat dikekalkan, malahan berkembang maju, selama seribu tahun lagi. Pada akhirnya, Empayar Rom ditakluk oleh Empayar Turki Uthmaniyyah 
pada 29 Mei 1453.

            Dari masa Augustus sehingga Kejatuhan Empayar Barat, Rom mendominasikan Eurasia Barat, dan terdiri daripada melebihi separuh bilangan penduduknya. Pengaruh-pengaruh budaya, undang-undang, bahasa, agama, kerajaan, tentera, dan seni bina Rom terhadap tamadun Barat masih dapat dikesan pada hari ini.
Gambar Rom (1490)



Tamadun Rom
Lokasi tamadun Rom dan empayar Rom

           Tamadun Rom lahir di kawasan Bukit Palatine yang terletak berhampiran dengan Sungai Tiber,di Lembah Latium.Lembah ini didiami oleh masyarakat Latin.Semasa pemerintahan Romulus pada tahun 753S.m.,lembah ini telah berkembang dan menjadi penting.Pada abad kedua Masihi,pemerintahan Rom telah mewujudkan majlis perbandaran di setiap bandar.Majlis perbandaran tersebut akan menjalankan pentadbiran tanpa diganggu oleh pentadbiran pusat di Rom.Kewujudan majlis perbandaran juga telah membawa kepada kemajuan dan keselesaan hidup di bandar.Pembinaan bandarnya adalah terancang dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air,sistem pemanas,rumah ibadat,teater,sarkas,tempat berdialog(forum),rumah mandi awam dan istana.
          Antara bandar di bawah pemerintahan Rom termasuklah Pompei yang merupakan bandar contoh disebabkan wujudnya pelbagai kemudahan di bandar ini.Misalnya,di Pompei terdapat pejabat,dewan orang ramai, mahkamah,perpustakaan,rumah ibadat,kedai,pintu gerbang dan colloseum (binaan bulat tanpa atap,tempat pertandingan bagi pahlawan Rom).Pada tahan 80 M.,Bandar Pompei mempunyai penduduk seramai 50000 orang. Selain itu,terdapat juga system saliran bawah tanah yang menyalurkan air melalui paip sejauh 165 kilometer yang melibatkan 14 buah saluran atau terusan.Dengan adanya saliran tersebut,bekalan air dapat diberikan kepada penduduk di Pompei pada waktu aman dan semasa peperangan,selain digunakan untuk tujuan perindustrian dan pengangkutan.



Pompei
  
  •  Pompei merupakan antara bandar yang paling terkenal di bawah pemerintahan Rom.
  •  Pada tahun 80 M, bandar Pompei mempunyai lebih kurang 50000 orang penduduk.
  •  Antara kemudahan yang terdapat di Pompei ialah dewan orang ramai, kedai, rumah ibadat, pintu gerbang, perpustakaan, mahkamah dan Colloseum (tempat pertandingan bagi pahlawan Rom dan binaanya bulat tanpa atap).
  •  Pompei juga mempunyai sistem saliran bawah tanah yang menakjubkan, iaitu dengan air disalurkan melalui paip sejauh 165km dan melibatkan 14 buah terusan.
  •  Bekalan air ini mencukupi untuk kegunaan penduduk Pompei bagi tujuan kegunaan harian dan untuk perindustrian. Terusan- terusan yang dibina juga digunakan untuk tujuan pengangkutan.  
·  
         
·     
 
Perundangan 

            Undang-undang rom dikenal sebagai Hukum Kanun 12 telah dipahat pada kayu yang dikenal sebagai Papan Dua Belas dan diletakkan di tempat awam untuk tatapan rakyat. Undang-undang awal lahir pada zaman Republik. Oleh sebabnya undang-undangnya yang rumit,Maharaja Justinian telah menbukukan undang-undang dengan bantuan hakim-hakim yang mahir. Usaha beliau Berjaya melahirkan Kod Undang-undang Rom pada tahun 527M ataupun Undang-undang Justinian kerana kedua-dua inti pati dikekal sehingga kini.

Perluasan Kuasa

            Empayar Yunani berakhir selepas kematian Alexander The Great dan dengan kemunculan Rom. Zaman Perluasan kuasa Rom berlaku pada zaman pemerintahan Augustus Caesar. Beliau telah berjaya menubuhkan system empayar yang berbeza daripada sistem republic sebelumnya, iaitu mewajibkan system pemerintahan warisan. Empayar Rom terdiri daripada Britain, Sepanyol, kawasan Sungai Rhine, Danube, Laut Hitam, Pergunungan Atlas, Afrika Utara, Macedonia, sebahagian Turki dan Palestin. Kesan penyatuan wilayah kecil yang ditaklukinya , telah membentuk sistem pentadbiran pusat. Julius Caesar telah menamatkan sistem republik apabila beliau menjadi diktator , menguasai angkatan tentera dan senat serta menggunakan gelaran maharaja. Augustus Caesar meneruskan sistem pemerintahan bercorak empayar dan terus menggunakan gelaran maharaja. Zaman pemerintahan beliau dikenali sebagai Pax Romana (Keamanan Rom) kerana beliau berjaya membawa kamanan, keagungan dan kesejahteraan kepada Rom dan empayarnya. Keadaan ini berkekalan untuk lebih kurang 200 tahun. Rakyat Rom ketika itu terdiri daripada pelbagai bangsa memandangkan empayarnya merentasi tiga benua, iaitu Eropah, Asia dan Afrika.


 Julius Caesar


Beliau lahir pada tahun 100 S.M. dan terkenal sebagai ketua tentera yang agung kerana kejayaan beliau dalam beberapa peperangan.Pada tahun 62 S.M.,beliau telah dilantik menjadi praeotor dan pada tahun 59 S.M.,beliau menjadi konsul pula.Beliau berjaya mengisytiharkan dirinya sebagai dictator setelah mengalahkan Jeneral Pompei.Namun,beliau telah dibunuh pada tahun 44 S.M. oleh penyokong Jeneral Pompei.

                                                                 
 Augustus Caesar


Beliau ialah anak saudara Julius Caesar.Beliau ialah pengasas empayar Rom dan memerintah seperti diktator.Ini berlaku setelah beliau berjaya mengalahkan tentera pimpinan Anthony,bekas jeneral Augustus Caesar yang telah bergabung dengan tentera Mesir di bawah pimpinan Cleopatra dalam Peperangan Actium(31 S.M.)








Bahasa dan Kesusteraan

              Dalam Tamadun Rom, trdapat dua orang penulis dan penyajak iaitu Cicero(106-43 S.M.) dan Virgil (70-19S.M.). Kesusteraan bertujuan untuk meningkatkan semangat patiortisme. Sastera Rom mencapai zaman keagungannya semasa pemerintahan Augustus Caesar.
Cicero                                        Virgil.
Binaan Rom

Pantheon


  • Merupakan binaan berbentuk kubah yang terbesar di dunia.
  • Dibina pada zaman Maharaja Hadrian (117-138M) 
  • Merupakan tempat pemujaan dan penyimpanan patung dewa. Kerja-kerja awam juga dijalankan. 

Colloseum        
  • Merupakan binaan berbenyuk kubah yang dibina oleh Maharaja Flavian sebagai tempat pahlawan Rom bertarung.
  • Colloseum juga berfungsi sebagai teater.
  •  Dapat memuatkan 50 000-80 000 orang penonton.

Aqueduct

  • Merupakan saluran air yang berfungsi membekalkan air ke Rom.
  • Penting untuk menjaga tarafkesihatan penduduk Rom. Air dibawa daripada sumbernya di gunung. Teknologinya berasaskan graviti.
  • Aqueduct terpanjang di Marcia, iaitu sejauh 91km. Aqueduct ini adalah melalui saluran dalam tanah dan pintu gerbang.
  • Antara aqueduct yang menjadi lambing kemegahan Rom ialah Aqua Claudia. 

No comments:

Post a Comment